Aset AS di Teluk jadi sasaran Iran

Aset AS di teluk jadi sasaran Iran

Asap kelihatan selepas letupan kedengaran di Manama, Bahrain, semalam.-Reuters
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Iran mengesahkan melancarkan serangan terhadap aset Amerika Syarikat (AS) di beberapa negara Teluk Arab sebagai tindak balas terhadap serangan bersama Washington dan Israel ke atas republik Islam itu, sekali gus meningkatkan risiko konflik serantau.

Menurut agensi berita Fars, sasaran melibatkan lokasi di Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang menempatkan pangkalan udara dengan aset ketenteraan AS. Serangan dipercayai menggunakan peluru berpandu dan dron bagi menyasarkan fasiliti strategik.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa semua sasaran tentera AS dan Israel di Asia Barat telah diserang dan memberi amaran operasi akan diteruskan sehingga musuh “ditewaskan secara muktamad”, malah menyifatkan semua aset AS di rantau itu sebagai sasaran sah.

Timbalan Menteri Luar Iran, Hamid Ghanbari, berkata Tehran berhak mempertahankan diri, namun kesal terhadap sebarang kehilangan nyawa awam.

Menteri Luar, Abbas Araghchi, dalam surat kepada Majlis Keselamatan PBB dan Setiausaha Agung Antonio Guterres, menegaskan Iran akan terus melaksanakan hak mempertahankan diri sehingga “pencerobohan dihentikan sepenuhnya”.

Setakat ini, tiada reaksi rasmi daripada Washington atau Tel Aviv, namun negara-negara Teluk dilapor meningkatkan tahap keselamatan. Pemerhati memberi amaran situasi berpotensi mencetuskan konfrontasi lebih besar serta menjejaskan kestabilan serantau dan pasaran minyak global.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×