Berbekalkan didikan dan semangat perjuangan yang diwarisi daripada arwah bapanya, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy meniti perjalanan politiknya daripada akar umbi sejak 2010, sebelum terus menggalas amanah sebagai wakil rakyat dengan fokus jelas membangunkan kawasan dan membela nasib rakyat. “Saya bermula secara aktif dalam politik pada tahun 2010. Ketika itu saya memilih untuk aktif dalam UMNO kerana arwah ayah saya sendiri aktif dalam parti dan pernah memegang…











