Aidilfitri dunia sederhana, dibayangi perang

Aidilfitri dunia sederhana, dibayangi perang

UMAT Islam di seluruh dunia menunaikan solat Aidilfitri.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri sebagai tanda berakhirnya Ramadan dalam suasana sederhana tahun ini, meskipun dibayangi konflik dan peperangan yang masih berlarutan di beberapa wilayah termasuk Asia Barat dan Afrika.

Beberapa negara seperti Mali, Niger dan Afghanistan menyambut Aidilfitri lebih awal iaitu pada Khamis, manakala sebahagian besar negara di Asia Barat, Afrika dan Asia Tenggara meraikannya pada Jumaat.

Aidilfitri yang lazimnya disambut selama dua hari itu berbeza daripada Aidiladha yang diraikan ketika musim ibadah haji.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambutan dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di kawasan lapang atau masjid sebelum umat Islam meluangkan masa bersama keluarga serta sahabat handai.

Namun, kemeriahan perayaan tahun ini turut dibayangi ketidaktentuan geopolitik di beberapa negara Islam.

Di Iran, konflik berterusan menjejaskan kehidupan rakyat, manakala negara Teluk turut menerima tempias ketegangan serantau.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih sejuta penduduk di Lubnan terpaksa berpindah akibat serangan yang semakin meningkat.

Sementara itu, Sudan berdepan krisis kemanusiaan terbesar dunia apabila konflik yang melanda negara itu memasuki tahun ketiga, sekali gus memberi kesan besar kepada sambutan Aidilfitri dalam kalangan rakyatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini