KANGAR: Keadaan kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin, yang dirawat hampir sebulan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang, bertambah baik dan dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU). Anak bongsunya, Husna Hashim berkata, bapanya kelihatan lebih kuat dan bertenaga berbanding sebelum ini. Katanya, bapanya juga sudah mula menjamah makanan yang lembut melalui mulut. “Penggunaan ubat jantung (noradrenaline) sudah dihentikan sejak 24 jam lalu dan setakat ini keadaan abah…










