JOHOR BAHRU: Seramai 267 warganegara Indonesia yang ditahan pihak berkuasa negara ini atas pelbagai kesalahan termasuk masuk secara haram, telah dihantar pulang bermula kelmarin oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru selepas proses dokumentasi mereka selesai. KJRI Johor Bahru dalam satu kenyataan memberitahu, antara yang dihantar pulang termasuk seorang ibu mengandung, dua pesakit berpenyakit serius termasuk tuberkulosis (tibi) dan seorang pesakit mental. Menurut kenyataan itu, proses penghantaran pulang selama…










