KUALA TERENGGANU: Setiap kali menjelang Syawal, Faridah Mamat, 50, sibuk membungkus ketupat daun palas di gerainya di Kampung Manir, di sini bagi memenuhi permintaan pelanggan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Peniaga dari Kampung Tetambah itu berkata, ketupat daun palas antara juadah tradisi yang menjadi pilihan orang ramai untuk dihidangkan pada pagi hari raya. Katanya, dia sudah hampir dua dekad mengusahakan perniagaan tersebut selepas mula menjual ketupat daun palas ketika berusia…










