PETALING JAYA: Lebih 100 projek infrastruktur dan pembangunan dikhuatiri terbengkalai akibat kos kenaikan harga bahan api yang membebankan pihak kontraktor sekiranya konflik di Asia Barat berpanjangan. Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff berkata, bagi mengelakkan perkara itu, pihak kerajaan digesa untuk menggunakan semula mekanisme Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi bahan binaan utama bagi tempoh sehingga enam bulan. Katanya, tanpa VOP, bebanan itu boleh menyebabkan hampir satu juta…










