100 hari Menteri Agama tempoh perkukuh perkhidmatan

100 hari Menteri Agama tempoh perkukuh perkhidmatan

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tempoh 100 hari memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, ia menjadi ruang bagi memperkukuh perkhidmatan.

Katanya, komitmen itu dizahirkan dalam usaha berterusan demi memperkasa hal ehwal agama demi kesjahteraan rakyat.

“Kami di JPM (Hal Ehwal Agama) menyedari bahawa amanah ini bukan sekadar tugas, tetapi satu tanggungjawab besar yang menuntut kejujuran dan ketekunan.

“Setiap langkah yang diambil, diiringi dengan harapan agar memberi manfaat kepada umat dan mendapat keberkatan daripada Allah,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook, hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berganding bahu dalam menjayakan pelbagai inisiatif di bawah kerangka Madani.

“Berlandaskan nilai integriti dan kebertanggungjawaban, pelaksanaan pelbagai inisiatif #MadaniMembantu diteruskan oleh 14 buah agensi JPM (Hal Ehwal Agama) secara tersusun dan berfokus, di seluruh negara.

Komitmen ini dizahirkan melalui usaha berterusan demi memperkasa hal ehwal agama dan kesejahteraan rakyat.

 “Amanah dilaksana dengan telus, berkhidmat demi reda Allah,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN