KUALA LUMPUR: Dalam landskap baharu pendidikan tinggi negara yang sedang melalui fasa transformasi menyeluruh, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tampil proaktif dengan memperluas ruang libat urus strategik kepada mahasiswa bagi menyuarakan pandangan dan aspirasi mereka. Inisiatif itu dilaksana selaras dengan agenda transformasi di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, sekali gus memperkukuh usaha menyokong agenda kemenjadian pelajar secara lebih inklusif dan holistik. Menerusi Bengkel Pencerakinan RPTM 2025–2035 dan Makmal Pengalaman…










