KUALA NERUS: UMNO sentiasa terbuka menerima sesiapa sahaja untuk kembali menyertai parti itu termasuk Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikaitkan dengan kemungkinan dikenakan tindakan pemecatan oleh partinya. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pintu Rumah Bangsa sentiasa terbuka kepada mana-mana pemimpin atau individu yang ingin kembali atau menyertai UMNO, selaras dengan objektif penubuhan gagasan tersebut. “Sebagaimana objektif penubuhan Rumah Bangsa,…










