Sasar UPTM, UniKL disenarai ke Bursa Malaysia

Sasar UPTM, UniKL disenarai ke Bursa Malaysia

AHMAD Zahid Hamidi (duduk, tengah) bergambar  bersama ahli pemukiman pada majlis Penggulungan Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026 di Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan dua institusi pengajian tinggi (IPT) kelolaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) iaitu Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh maksimum tiga tahun akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran tersebut adalah antara 28 inisiatif utama yang dijadikan garis panduan perubahan dan transformasi kementerian itu bagi tahun ini.

Katanya, perancangan itu adalah bertepatan dengan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (Putera35) yang memfokuskak kepada pemerkasaan institusi pendidikan dan ekonomi Bumiputera.

“Perancangan ini selaras dengan Putera35 dan  kita merancang supaya UPTM dan UniKL dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Tempoh maksimum tiga tahun dari sekarang ditetapkan berdasarkan rekod prestasi kewangan dan  keuntungan kedua-dua institusi berkenaan,” katanya di sini sesi Penggulungan Permukiman KKDW  di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata,  kejayaan UPTM dan UniKL mencatat prestasi kewangan yang memberangsangkan, sekali gus memenuhi antara prasyarat utama untuk penyenaraian di Bursa Malaysia.

Malah kata beliau, kemasukan pelajar termasuk dari luar negara ke kedua-dua IPT itu menunjukkan trend peningkatan, khususnya bagi kursus berkaitan Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IoT) dan Robotik.

“Pada masa sama, kita jberhasrat agar entiti usahawan profesional yang dibimbing serta dibiayai Mara untuk menubuhkan Uni Klinik, Uni Dental dan Uni Farmasi turut disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pelantikan 15 pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam kalangan kakitangan KKDW sebagai kumpulan pemikir dalaman kementerian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN