Umat Islam di Malaysia berpuasa pada 19 Februari 2026

Umat Islam di Malaysia berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis ini bersamaan 19 Februari 2026.

Perkara tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Sebelum ini, proses cerapan anak bulan dijalankan di 29 lokasi strategik di seluruh negara.

Antara lokasi terlibat ialah Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail di Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka; dan Baitul Hilal Telok Kemang di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain itu, beberapa lokasi lain di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah turut terlibat termasuk Menara Kuala Lumpur serta Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju kaedah penentuan awal Ramadan adalah berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN