Tuntutan RM10 juta selepas proses ‘pembersihan’

Tuntutan RM10 juta selepas proses ‘pembersihan’

HARRIS IDAHAM RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuntutan sebanyak RM10 juta terhadap wakil rakyat yang melanggar baiah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibawa ke mahkamah selepas proses ‘pembersihan’ dalam parti selesai.

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Harris Idaham Rashid berkata, pendekatan itu bagi memastikan tindakan yang diambil lebih tersusun dan tidak dilakukan secara tergesa-gesa.

“Saya rasa elok kita bawa ke mahkamah apabila selesai semua pemecatan dan juga siapa yang hendak keluar dan sebagainya supaya ia tidaklah dibuat sekerat-sekerat.

“Jadi saya  biarlah proses pembersihan ini berlangsung dahulu dan kita akan bawa ke muka pengadilan setelah semuanya selesai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam akhbar ini melaporkan, semua wakil rakyat Bersatu yang dipecat daripada parti itu perlu membayar denda sebanyak RM10 juta.

Perkara itu berdasarkan dokumen lafaz baiah dan sumpah yang didakwa telah ditandatangani oleh semua wakil rakyat terbabit sebelum ini.

Melalui dokumen itu, mereka berikrar untuk mele­takkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara sekiranya mereka keluar atau dipecat daripada parti dan perlu membayar RM10 juta kepada Bersatu dengan serta-merta.

Harris Idaham berkata, beliau menjangkakan selepas ini akan ada lagi beberapa pemimpin yang akan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membolehkan kes mereka didengar dan diputuskan.

“Lembaga Disiplin ini bersidang apabila ada aduan. Walaupun terdapat banyak aduan, kes-kes tersebut mempunyai giliran untuk didengar.

“Maka saya rasa selepas ini akan ada lagi beberapa pemimpin yang akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk diadili di situ dan kemungkinan sekiranya Lembaga Disiplin merasakan kesalahan itu cukup untuk dipecat, mereka akan dipecat,” katanya.

Semalam akhbar ini melaporkan, semua wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipecat daripada parti itu perlu membayar denda sebanyak RM10 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×