GOMBAK: Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap bekas pemimpin serta pegawai tertinggi kerajaan termasuk bergelar Tan Sri yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip integriti dan keadilan bagi memastikan negara dapat dibersihkan daripada segala bentuk penipuan dan rompakan harta rakyat. “Perkara ini merupakan sesuatu perkara yang jarang berlaku ketika pemerintahan sebelum ini dan kita lakukan selepas ambil alih kerajaan.…










