Tiada pihak boleh ugut perhimpunan aman

Tiada pihak boleh ugut perhimpunan aman

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada individu mempunyai kuasa untuk mengugut atau mengancam tindakan terhadap perhimpunan yang berlangsung secara aman dan mengikut undang-undang.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hak berhimpun secara aman merupakan jaminan Perlembagaan Persekutuan yang terpakai kepada setiap warganegara Malaysia untuk menzahirkan pandangan dan fikiran mereka terhadap apa-apa isu.

Katanya, perlindungan terhadap hak berkenaan turut diperincikan melalui undang-undang yang digubal Parlimen bagi memastikan perhimpunan aman dapat dilaksanakan dalam kerangka peraturan sedia ada.

“Hak untuk berhimpun secara aman itu dilindungi oleh Akta Perhimpunan Aman 2012 yang digubal oleh Parlimen.

“Selagi perhimpunan berjalan aman maka tugas agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) berperanan sebagai pemudahcara untuk membantu perhimpunan aman beberapa jam itu berjalan secara yang dibenarkan oleh hukum,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN