Tiada apa yang tinggal untuk dipertahankan, hubungan kami sudah rosak- Linda Hashim - Utusan Malaysia

Tiada apa yang tinggal untuk dipertahankan, hubungan kami sudah rosak- Linda Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Linda Hashim, 41, beranggapan rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan justeru berharap proses perceraian dapat segera diselesaikan.

Kata Linda, dia enggan terus menanggung derita dan berharap dilepaskan dengan cara baik, mengikut proses yah ditentukan mahkamah.

“Sudah lama, hubungan kami sudah rosak. Kalau kami bersama, perkara sama berulang, tambah berkecamuk. Situasi akan jadi lebih teruk dan membawa kepada keadaan tak elok.

“Dia sepatutnya matang, jadi lelaki budiman. Dia kena fikir apa akan berlaku sekiranya kami berbaik semula. Dia tidak merasakan kesakitan itu. Saya yang bertahun-tahun menanggung sakit.

“Cukuplah. Dia pun tahu keadaan saya sekarang bagaimana. Memang sudah tak ada apa. Kes perceraian ini pun sudah berpanjangan lebih setahun. Tapi dia tetap enggan mengalah. Pada saya dia kejam,” katanya.

Linda berkata demikian selepas prosiding pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini petang tadi.

Hakim dalam sesi berkenaan menetapkan 9 April ini sebagai tarikh perbicaraan pengesahan lafaz taklik berkenaan.

Linda dalam masa yang sama memaklumkan reda dan sedia menerima ketentuan sekiranya terpaksa mengharungi tempoh yang lama sebelum isu perceraian dimuktamadkan.

“Saya tidaklah mengharapkan ia berlanjutan selama bertahun-tahun. Cuma sekarang ni, saya hanya mampu berdoa, andai kata kes perceraian ini selesai tahun ini, Alhamdulillah.

“Cuma, ada juga saya bertanya ilmuan agama mengenai kes ini. Katanya mungkin Beego masih perlukan doa seorang isteri. Mungkin doa saya boleh menyelamatkannya.

“Apa pun ini semua atas izin Allah. Maka ia terjadilah. Kami cuma teruskan sahaja. Tapi pada saya, memang sudah tak boleh teruskan perkahwinan ini. Sudah tiada apa untuk dipertahankan. Semua sudah rosak,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN