KOTA BHARU: Selepas lebih sedekad beroperasi, Terminal Bas Lembah Sireh di sini, yang sepatutnya menjadi mercu tanda pengangkutan awam di Kelantan bukan sahaja ketinggalan zaman, malah tidak mesra pengguna. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, kemudahan di terminal yang mula beroperasi pada 2014 itu masih kekal pada tahap lama tanpa peningkatan ketara meskipun menerima pertambahan pengguna pada musim perayaan dan cuti persekolahan. Bukan itu sahaja, keadaan stesen bas itu masih terbuka, tanpa…










