Tak mengaku 'belasah' polis, orang awam guna kayu golf

Tak mengaku ‘belasah’ polis, orang awam guna kayu golf

ZUL Mazuwan Zulhilman Suresh Kumar (dua dari kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan memukul seorang anggota polis dan orang awam pada 31 Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang lelaki mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul seorang anggota polis dan orang awam dengan menggunakan kayu golf, bulan lepas.

Tertuduh, Zul Mazuwan Zulhilman Suresh Kumar, 30, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki berusia 38 dan 26 tahun dengan menggunakan sebatang kayu golf.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukannya di sebuah rumah di Flat Taman Bagan, Butterworth, dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) kira-kira pukul 2 petang pada 31 Januari lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau dikenakan denda atau sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi manakala tertuduh pula diwakili peguam, Y. Yogeswaran.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Pada masa yang sama, mahkamah turut menetapkan 27 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN