KANGAR: Ketibaan Tahun Baharu Cina memberi limpahan rezeki buat seorang warga emas dan anaknya dari Kuala Perlis di sini menerusi jualan pelbagai jenis kuih tradisional yang sinonim dengan masyarakat Tionghua. Sejak tahun 1990-an, Tan Li Er, 65, dan anaknya, Tan Vin Shi, 41, menjual pelbagai jenis kuih seperti kuih bangkit, tat nanas, biskut kacang dan kuih bulan yang kebiasaan menjadi antara sajian pilihan menjelang perayaan itu. Menariknya, selain kuih tradisional…










