TAPAH: Peningkatan lonjakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka bermula seawal 12 Februari ini sempena cuti sekolah, sambutan Tahun Baharu Cina (17 dan 18 Februari) serta awal Ramadan pada 19 Februari. Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohd. Yusuf Abdul Aziz berkata, kelancaran trafik sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang disusuli dengan awal Ramadan dijamin melalui jalinan kerjasama antara PLUS dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Menurutnya, seramai 294…










