BANGI: Status tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Perlis kekal gugur walaupun mereka diterima masuk semula sebagai ahli parti. Pesuruhjaya Pas Perlis, Ahmad Ali berkata, status ketiga-tiga bekas ADUN itu iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd. Ridzuan Hashim (Guar Sanji), kekal gugur memandangkan mereka terikat dengan Akta Lompat Parti. “Walaupun (rayuan) keahlian mereka diterima semula selepas ini, status mereka sebagai ADUN Pas kekal gugur.…









