MELAKA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka masih belum membuat keputusan berhubung pembahagian kerusi dengan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, rundingan rasmi mengenai kerjasama atau pembahagian kerusi sama ada dengan komponen sedia ada atau parti lain masih belum dimuktamadkan. Beliau yang kini memangku jawatan Pengerusi MPN…










