PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah sebagai usaha memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan serta kesinambungan operasi sistem rel bandar negara. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Amir Hamdan, inisiatif itu mencerminkan kerjasama strategik antara sektor pengangkutan awam dan pertahanan negara bagi memastikan infrastruktur kritikal sentiasa berada pada tahap selamat serta beroperasi secara optimum. Katanya, penubuhan berkenaan…










