Mohammed Ridha dilantik Setiausaha Kerajaan Johor baharu

Mohammed Ridha dilantik Setiausaha Kerajaan Johor baharu

Mohammed Ridha Abd. Kadir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mengumumkan pelantikan Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir sebagai Setiausaha Kerajaan Johor Yang Ke-26 menggantikan Datuk Asman Shah Abd. Rahman yang bersara.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, hari ini.

“Kami warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dengan penuh takzim mengalu-alukan kepimpinan Datuk dan berikrar untuk memberi komitmen serta kerjasama tidak berbelah bahagi dalam memacu kecemerlangan pentadbiran negeri Johor demi kesejahteraan Bangsa Johor.

“Semoga Allah memberkati pelantikan ini dan mengurniakan taufik serta hidayah kepada Datuk dalam menggalas amanah yang mulia ini,” katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, pejabat itu turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Datuk Mohd. Noorazam Osman yang sebagai sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor menggantikan Mohammed Ridha.

“Kerajaan negeri yakin Mohd. Noorazam akan terus menjunjung integriti dan ketelusan dalam memperkukuh pengurusan kewangan Johor demi manfaat rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN