Sisa makanan berbuka cecah enam tan sehari

Sisa makanan berbuka cecah enam tan sehari

RAZALAI Mamat menyapu sampah yang ditinggalkan pengunjung selepas berbuka puasa di Taman Panorama, Kuala Terengganu. - UTUSAN/ ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hampir enam tan metrik sampah terpaksa dikutip setiap hari sepanjang Ramadan di sekitar Dataran Shahbandar, Pesisir Payang dan Taman Panorama di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, walaupun tong sampah disediakan di kawasan rekreasi tersebut, masih terdapat pengunjung yang tidak memanfaatkan kemudahan itu.

Pekerja kontrak pembersihan yang ditemui, Razalai Mamat, 64, berkata, setiap kali Ramadan, jumlah sampah yang dikutip boleh mencecah antara tiga hingga enam tan metrik sehari di beberapa lokasi sekitar kawasan berkenaan.

“Sampah bukan sahaja ditinggalkan di kawasan lapang, malah ada yang dibuang di celah pokok bunga dan di atas tempat duduk yang disediakan.

“Longgokan ini berpunca daripada sikap segelintir pengunjung yang sengaja meninggalkan sisa makanan walaupun tong sampah  disediakan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN