KUALA TERENGGANU: Hampir enam tan metrik sampah terpaksa dikutip setiap hari sepanjang Ramadan di sekitar Dataran Shahbandar, Pesisir Payang dan Taman Panorama di sini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, walaupun tong sampah disediakan di kawasan rekreasi tersebut, masih terdapat pengunjung yang tidak memanfaatkan kemudahan itu. Pekerja kontrak pembersihan yang ditemui, Razalai Mamat, 64, berkata, setiap kali Ramadan, jumlah sampah yang dikutip boleh mencecah antara tiga hingga enam tan metrik sehari di…









