ALOR SETAR: Kes saman fitnah pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar terhadap Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen, hari ini. Penyelesaian kes antara Mohd. Daud selaku plaintif dan Muhamad selaku defendan itu berjaya dicapai hasil persetujuan kedua-dua pihak. Muhamad membacakan permohonan maaf terhadap Mohd. Daud dalam prosiding di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman. Dalam pernyataan…










