JOHOR BAHRU: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Bahru, Datuk Zulkifli Bujang mendakwa, pemecatan keahlian beliau oleh Lembaga Disiplin parti dibuat tanpa melalui proses disiplin yang telus dan adil. Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memberitahu, pihaknya menerima surat panggilan menghadiri sidang Lembaga Disiplin ketika berada di luar negara atas urusan yang telah dijadualkan lebih awal. “Sejurus menerima surat itu, saya telah pohon satu tarikh baharu…










