Jawahar Ali sumbang lebih 2,500 pek makanan menjelang Ramadan - Utusan Malaysia

Jawahar Ali sumbang lebih 2,500 pek makanan menjelang Ramadan

JAWAHAR Ali Taib Khan ketika ditemui pemberita pada pelancaran bantuan Hari Raya Aidilfitri sempena Ramadan di Maahad Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 2,500 pek makanan diagihkan kepada penduduk sekitar ibu negara termasuk golongan kurang berkemampuan sebagai persiapan menyambut Ramadan, tahun ini. 

Penasihat Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pengagihan bantuan tersebut merupakan tradisi wajib dianjurkan beliau sejak 30 tahun lalu.

Katanya, setakat 10 pagi ini, kira-kira 500 orang mula beratur seawal 7 pagi bagi mendapatkan bantuan itu. 

“Daripada 10 bungkus barangan keperluan, kini lebih 2,500 bungkus disumbangkan kepada golongan memerlukan di sekitar ibu negara.

“Ini adalah inisiatif saya sendiri dan tiada kempen, kita hanya menghebahkan kepada media sosial. Sesiapa yang datang pagi kita pesan tolong kongsi berita dengan rakan-rakan memerlukan.

“Kita tidak memilih, sesiapa sahaja yang minta kita akan berikan pek makanan ini. Bila ada keperluan, kita cuba meringankan beban mereka,” katanya ditemui pemberita di Maahad Tahfiz Al- Madrasathul Faridiyah di Setapak di sini, hari ini. 

Beliau yang juga Pengerusi Maahad Tahfiz Al- Madrasathul Faridiyah berkata, inisiatif itu akan diteruskan pada 1 Mac ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay. 

“Pada 1 Mac ini, kita akan mengadakan majlis berbuka puasa dan sumbangan Ramadan kepada orang ramai. 

“Usaha ini akan diteruskan lagi beberapa hari sebelum menyambut Syawal. Saya tidak suka meletakkan syarat, dan pertikaikan sekiranya orang itu memiliki kenderaan yang hebat, adakah dia layak menerima bantuan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN