Saya beri masa tujuh hari - Raja Azmi - Utusan Malaysia

Saya beri masa tujuh hari – Raja Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit, Raja Azmi memberi tujuh hari kepada pemilik sebuah jenama kasut untuk bersemuka dengannya berhubung isu logo animasi dan komik autobiografi Anak-Anak Sidek yang digunakan pihak terbabit tanpa kebenaran.

Katanya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak berkenaan gagal berbuat demikian.

“Saya akan saman kalau mereka tidak berjumpa saya. Kes begini bukan kali pertama berlaku, ramai lagi yang pernah ambil kesempatan,” katanya.

Terdahulu, muncul pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menghasilkan dan menjual kasut yang tertera logo animasi popular itu.

Menurut Raja Azmi, 66, tindakan itu jelas menyelahi undang-undang kerana pemilikannya ke atas logo kartun popular tersebut sudah didaftarkan secara sah kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Mereka sewenang-wenangnya menggunakan logo berkenaan sedangkan sebagai pemilik, saya tidak pernah memberi sebarang kebenaran.

“Saya adalah pemilik rasmi kerana logo itu telah didaftarkan atas nama Raja Azmi Raja Sulaiman,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN