Bekas KSN dilantik Pengerusi Kim Teck Cheong

Bekas KSN dilantik Pengerusi Kim Teck Cheong

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Bhd., berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kim Teck Cheong berkata, pelantikan Mohd. Zuki dibuat bagi menggantikan Tun Richard Malanjum yang melepaskan jawatan berikutan komitmen di luar negara.

Mohd. Zuki sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-15 dari 2020 hingga 2024.

Beliau menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1992 serta memegang pelbagai jawatan kanan di beberapa kementerian dan jabatan.

Sementara itu, Malanjum yang berasal dari Sabah mencipta sejarah sebagai Ketua Hakim Negara pertama dari Malaysia Timur, berkhidmat dari Julai 2018 sehingga persaraannya pada April 2019.

Pada 2022, beliau dilantik sebagai Ombudsperson kepada Jawatankuasa Sekatan ISIL dan Al-Qaida di bawah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kim Teck Cheong yang berpangkalan di Sabah merupakan pengedar dan pengeluar barangan pengguna berbungkus dengan sejarah operasi selama 88 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN