Sabah, Sarawak diberi kuasa autonomi urus sisa terjadual

Sabah, Sarawak diberi kuasa autonomi urus sisa terjadual

ARTHUR JOSEPH KURUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 yang memberi kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak dalam pengurusan serta kawal selia sisa buangan terjadual di negeri masing-masing.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup berkata, pindaan kali kelapan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 itu membolehkan pelaksanaan autonomi tertentu selaras dengan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, langkah tersebut juga menzahirkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus pengurusan sisa buangan terjadual di samping menunaikan obligasi di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pindaan yang dicadangkan bukan sahaja bertujuan memperkukuh tadbir urus pengurusan pembuangan sisa terjadual, malah mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menunaikan obligasi serta memperkasakan semangat MA63.

“Hak dan kuasa autonomi yang diperuntukkan khas kepada Sabah dan Sarawak sentiasa dipelihara malah ditambah baik selaras dengan perkara yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia… pindaan ini selari dengan semangat federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Arthur, keputusan pindaan tersebut susulan Mesyuarat Khas Majlis Perjanjian Malaysia 1963 pada 14 April 2022 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berhubung pemberian kuasa pengurusan serta kawal selia sisa buangan terjadual di darat atau dalam perairan negeri berkenaan.

Katanya, sejak 2022, pelbagai gerak kerja telah dilaksanakan termasuk sesi libat urus, bengkel dan mesyuarat yang menyaksikan penyertaan aktif kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaan pemberian kuasa itu berjalan lancar serta mencapai matlamat ditetapkan.

RUU yang dibentangkan pada 11 Februari lalu turut bertujuan meminda Seksyen 1 Akta 127 dengan memasukkan subseksyen (3) baharu bagi memberikan kuasa kepada menteri menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta itu di bahagian berbeza di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini