KUANTAN: Di sebuah rumah sederhana di Indera Mahkota di sini, tiga perayaan utama negara diraikan dalam satu keluarga tanpa mengira kaum dan agama, menjadikan kediaman itu simbol perpaduan sebenar. Segalanya bermula daripada seorang ibu berusia 95 tahun, Goh Hui Ling, yang menyaksikan lima daripada 10 anaknya memilih memeluk Islam manakala sebahagian lain beragama Kristian, namun hubungan kekeluargaan terus utuh tanpa pernah terpisah. Bagi keluarga besar itu, Tahun Baharu Cina, Hari…










