KUALA LUMPUR: Sebanyak RM183.11 juta geran penyelidikan di empat kementerian tidak dipulangkan yang melibatkan 7,904 projek. Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, empat kementerian tersebut ialah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Katanya, baki tertinggi yang tidak dipulangkan adalah KPT dengan melibatkan lima universiti penyelidikan berjumlah RM110.67 juta…










