Remaja perempuan maut dipercayai akibat terjatuh bangunan

Remaja perempuan maut dipercayai akibat terjatuh bangunan

MAYAT remaja perempuan berusia 13 tahun yang dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Gelugor, Pulau Pinang dijumpai oleh orang ramai di laluan bawah pangsapuri tersebut, hari ini.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan pangsapuri di Gelugor di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.20 pagi dan dimaklumkan oleh orang awam.

“Sepasukan anggota polis kemudian dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut. Setakat ini, siasatan awal di lokasi bagaimanapun tidak menemukan sebarang unsur berkaitan jenayah,” katanya di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abdul Rozak berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

‘”Buat masa ini, kes masih dalam siasatan dan orang awam diminta supaya memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dari pelbagai sudut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini