PETALING JAYA: Tuntutan berpuasa dan melaksanakan amalan sepanjang Ramadan bukan sekadar memenuhi syarat serta rukun, sebaliknya perlu dihayati daripada sudut hikmah dan objektif syariat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemuncak kenikmatan ibadah Ramadan adalah pencapaian takwa melalui proses tarbiyah yang membentuk watak dan keperibadian, berpaksikan kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin yang lahir daripada rasa takut kepada Allah. “Sehubungan itu, motivasi dalam melaksanakan ibadah pada bulan Ramadan harus…










