SERI KEMBANGAN: Rakyat Malaysia diminta memberikan tumpuan kepada perkara yang lebih besar dan memberi kebaikan pada negara terutama yang mampu menentukan masa depan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat tidak seharusnya terperangkap dengan isu-isu yang boleh memecah-belahkan masyarakat. Kata beliau, kekuatan Malaysia adalah terletak pada perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum dan saling menghormati budaya serta agama masing-masing, sekali gus menjadi asas kepada kestabilan dan kemakmuran negara. “Kita…










