KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak gentar sekiranya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan kerajaan bernilai RM1.1 bilion. Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa beliau telah dimaklumkan kediamannya akan diserbu SPRM dalam masa terdekat menerusi satu sumber dalaman agensi tersebut. Namun beliau bersedia untuk sekali lagi melalui pengalaman intimidasi daripada pihak berkuasa susulan tindakannya membangkitkan isu penyelewengan membabitkan SPRM seperti dilaporkan media antarabangsa,…










