KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini bersetuju melantik Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat diadakan untuk terus mendukung perjuangan Bersatu, memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli dan memperkuatkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -16 (PRU16). “Saya menyeru ahli Bersatu kekal tenang…










