KULAI: Seorang lelaki berpura-pura bertanyakan arah kepada seorang wanita warga emas sebelum merampas kunci dan melarikan kereta mangsa di sebuah pasar raya di Taman Putri, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 70-an berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 3.15 petang itu. “Siasatan awal mendapati mangsa meletakkan kereta Perodua Viva berwarna biru gelap di tempat letak kereta…










