PETALING JAYA: Polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan aman selagi ia dilaksanakan secara tertib dan tanpa senjata seperti dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, pihaknya memandang serius kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur yang memaklumkan perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram sebagai “tidak dibenarkan”. Katanya, hak untuk berhimpun secara aman dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan sebarang sekatan hanya…










