PM Singapura adakan lawatan khas ke Malaysia

PM Singapura adakan lawatan khas ke Malaysia

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan mengadakan lawatan khas ke Malaysia pada Jumaat ini dan dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Luar berkata, Anwar dan Lawrence dijangka membincangkan kerjasama dua hala serta isu berkepentingan bersama, termasuk hasil Pemukiman Pemimpin yang berlangsung pada 4 Disember 2025.

Singapura adalah jiran serta rakan utama Malaysia dalam ASEAN, dengan hubungan yang erat dan meluas dalam pelbagai bidang.

Singapura juga adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (US$93.97 bilion) bagi 2025, iaitu peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN