PM pertimbang lepaskan perolehan dana ATM

PM pertimbang lepaskan perolehan dana ATM

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mempertimbangkan pelepasan perolehan dana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan perbelanjaan operasi pasukan keselamatan negara itu tidak terjejas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam satu pertemuan bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM di Wisma Perwira.

Menurut beliau, Perdana Menteri memahami keperluan kesiapsiagaan operasi ATM dan menegaskan bahawa sebarang pembekuan perolehan hendaklah dilaksanakan secara berhati-hati supaya tidak menjejaskan tahap kesiapsiagaan pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perdana Menteri memaklumkan beliau memahami soal kesiagaan dan operasi yang perlu diteruskan dan keputusan untuk membekukan perolehan perlulah dibuat secara berhati-hati yang pada akhirnya tidak menjejaskan operasi dan kesiagaan.

“Beliau bersetuju supaya perkara-perkara seperti itu boleh dipertimbang dan dikecualikan,” katanya pada sidang media selepas pertemuan itu sempena Program Ihya’ Ramadan.

Pada 16 Jan lepas, Anwar mengarahkan semua keputusan perolehan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait dengan isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Pembekuan itu dibuat berikutan kontroversi yang melanda ATM berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan beberapa bekas pimpinan tertinggi dalam ATM.

Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata Perdana Menteri turut menekankan supaya semua proses perolehan dilaksanakan secara telus serta menyokong usaha Kementerian

Pertahanan memperkasa tadbir urus khususnya dalam aspek perolehan.

Beliau berkata dalam pertemuan itu juga, Perdana Menteri memberi penekanan terhadap kebajikan dan kesejahteraan anggota tentera termasuk penyediaan rumah yang lebih selesa.

“Selain itu, Perdana Menteri juga memberi penekanan terhadap kesiapsiagaan ATM sebagai satu kemestian berasaskan perubahan geopolitik semasa, sama ada di rantau ini mahupun di peringkat global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini