Perjanjian RM1.1b: SPRM panggil Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi

Perjanjian RM1.1b: SPRM panggil Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi antara individu yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelaksanaan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 billion.

Tindakan itu selepas SPRM membuka kertas siasatan berhubung perjanjian itu menurut sumber siasatan adalah berkaitan isu ketirisan dana kerajaan membabitkan peruntukan yang besar.

“Berdasarkan maklumat awal, cadangan ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, namun perjanjian ini dimeterai secara tergesa-gesa,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber berkata, beberapa individu turut dikatakan diberikan jawatan yang tinggi di dalam syarikat berkenaan selepas berhenti daripada kementerian terbabit.

“Sehubungan itu beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha kementerian dijangka akan dipanggil bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Terdahulu beberapa aduan dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perjanjian yang dikatakan dibuat secara tergesa-gesa dan berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kepada kerajaan.

Berdasarkan aduan dan dokumen yang diserahkan oleh beberapa pihak, SPRM juga mendapatkan beberapa dokumen berkaitan perjanjian ini pada 13 Februari 2026 yang lalu dari Kementerian Ekonomi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini