Pergi dari hidup si narsisistik itu bukan gagal - Zehra Zamri - Utusan Malaysia

Pergi dari hidup si narsisistik itu bukan gagal – Zehra Zamri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berkongsi transisi diri selepas kembali solo, penyanyi, Zehra Zamri menganggap kehidupannya kini semakin tenang setelah tidak lagi bersama bekas suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.

Menurut Zehra, keputusannya untuk keluar dari hubungan toksik bersama seorang lelaki yang bersifat narsisistik adalah tepat bahkan, tidak berasa dirinya gagal dalam mempertahankan rumah tangga.

“Sebelum, ketika dan selepas bersama ‘si dia’. Saat kamu pergi dari hidup si narsisistik, itu bukan kegagalan. Tapi itu adalah kelulusan,” katanya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Semalakama itu turut menyeru kepada kaum wanita yang mengalami nasib yang sama supaya berhenti mengorbankan diri menjadi mangsa golongan narsisistik untuk kehidupan yang lebih tenang.

“Berhentilah mengorbankan dirimu sendiri. Salam waras,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar Zehra dapat menikmati kebahagian bersama anak tunggalnya.

Malah, ada individu menyarankannya membesarkan anak dulu selain kembali ke arena pengacaraan sebelum mendirikan rumah tangga semula.

“Zehra tak payah kahwin lagi, tunggu anak besar ye. Sayangi diri dulu. Kita ibu tunggal boleh hidup tanpa lelaki,” tulis netizen.

Terdahulu, Zehra sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin pada 20 Ogos 2025 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, perceraian tersebut berlaku apabila terdapat dakwaan berlakunya kekerasan membabitkan kedua-dua pihak sepanjang tempoh perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN