KUALA LUMPUR: Usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, integriti dan ketelusan pentadbiran adalah asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara. “Usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri. “Ini kerana integriti dan ketelusan pentadbiran adalah asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara,” titah baginda…










