Pengetua sekolah agama disyaki terima suapan syarikat katering

Pengetua sekolah agama disyaki terima suapan syarikat katering

TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka selepas permohonan reman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengetua sekolah agama di negeri ini direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM10,000 sebagai balasan meluluskan tuntutan bayaran pembekalan makanan bermasak, dua tahun lalu.

Perintah reman selama lima hari sehingga 1 Mac terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2024 dan menerima wang rasuah secara tunai sebagai balasan meluluskan tuntutan bayaran berkaitan pembekalan makanan bermasak.

“Suspek dipercayai telah mengarahkan syarikat pembekalan berkenaan menyediakan makanan untuk pelajar institusi tersebut, namun pembekalan itu dibuat secara tidak sempurna,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×