MELAKA: Seorang pengetua sekolah agama di negeri ini direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM10,000 sebagai balasan meluluskan tuntutan bayaran pembekalan makanan bermasak, dua tahun lalu. Perintah reman selama lima hari sehingga 1 Mac terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 3 petang…










