SEREMBAN: Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan dan umrah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik orang lain bernilai lebih RM40,000. Tertuduh, Siti Fairuz Omar, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara curang menyalahgunakan harta milik seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun, iaitu wang tunai berjumlah RM41,940. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di…










