ALOR SETAR: Penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mula disalurkan semalam dilihat lebih lancar, selain menjadi tunjang kepada kebanyakan penerima yang memerlukan, khususnya golongan berpendapatan rendah. Penerima juga bersyukur mendapat inisiatif itu menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba minggu depan. Penerima, Nuruldiah Dollah, 46, berkata, bantuan SARA berjumlah RM100 secara sekali beri itu boleh menampung perbelanjaan barangan dapur rumahnya. “Inisiatif ini amat besar maknanya walaupun ada…










